Trends Channel Solution
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Keywords

Latest topics
» PENGENALAN
Apa itu Preferred Stock dan Loan Stock EmptyTue Apr 28, 2015 10:34 am by Ayie86

» Salam Perkenalan
Apa itu Preferred Stock dan Loan Stock EmptyTue Apr 28, 2015 8:56 am by princess daisy

» Apa itu Preferred Stock dan Loan Stock
Apa itu Preferred Stock dan Loan Stock EmptyMon Apr 27, 2015 12:09 am by Ayie86

» Apa Maksud Bonus / Right Issues
Apa itu Preferred Stock dan Loan Stock EmptyMon Apr 27, 2015 12:01 am by Ayie86

» Pengenalan Pelaburan Saham
Apa itu Preferred Stock dan Loan Stock EmptySun Apr 26, 2015 11:54 pm by Ayie86

» Undang-undang semasa berforum di Santai Trader
Apa itu Preferred Stock dan Loan Stock EmptySun Apr 26, 2015 11:33 pm by Ayie86

April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Calendar Calendar


Apa itu Preferred Stock dan Loan Stock

Go down

Apa itu Preferred Stock dan Loan Stock Empty Apa itu Preferred Stock dan Loan Stock

Post by Ayie86 Mon Apr 27, 2015 12:09 am

Apa itu Preferred Stock?

Ia adalah pemilikan dalam syarikat yang mempunyai tuntutan aset dan perolehan yang tinggi berbanding saham biasa. Ia kebiasaannya tidak mempunyai ‘voting right’. Preferred stock mengandungi dividen yang dibayar sebelum sebarang dividen itu dibayar kepada pemegang saham biasa. Membolehkan pemegang menerima dividen tetap (saham biasa tidak berhak menerima dividen tetap). Dividen tetap ini berdasarkan peratusan daripada nilai nominal/nilai tara saham. Saham keutamaan kumulatif (mempunyai hak menerima tunggakan dividen yang belum lagi dibayar). Saham keutamaan tak kumulatif (tidak berhak menerima tunggakan dividen). Terdapat beberapa jenis preferred shares iaitu:

• Participating preference share Berhak mendapat keuntungan selain daripada dividen tetap dengan cara penambahan
dividen berubah jika sesebuah syarikat itu berjaya dan berkembang maju.
• Cumulative preference share Selain daripada mendapat dividen tetap,ianya juga akan mendapat hak daripada tunggakan
dividen yang akan meningkat.
• Non cumulative preference share Tidak berhak untuk mendapat sebarang tunggakan dalam dividen.
• Redeemable preference share Boleh ditebus oleh syarikat pada harga penebusan yang ditetapkan dalam notis awal pada
sesuatu jangka masa.Kebiasaannya,harga penebusan lebih daripada nilai par untuk mengelak pemilik daripada kerugian
dalam pelaburan.
• Convertible preference share Memberi hak untuk membuat pertukaran(dengan pilihan pemegang)kepada jenis saham
yang lain seperti contohnya saham biasa.



Apa itu Loan Stock?

Loan Stock adalah sekuriti yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat untuk pinjaman pelaburan. Convertible Unsecured Loan Stock: Boleh menukar sekuriti pinjaman kepada saham biasa (keistimewaan penukaran). Ciri-ciri Convertible Unsecured Loan Stock ialah para pelabur dibayar dengan kadar tetap faedah apabila matang. Pelabur juga akan mendapat kenaikan modal apabila ditukar kepada saham. Saham ini menjadikan sekuriti pinjaman lebih mudah dijual disebabkan ianya boleh ditukar. Convertible Unsecured Loan Stock mengurangkan kos pinjaman syarikat dan membolehkan syarikat mengeluarkan ekuiti tidak langsung yang lebih berfaedah berbanding menjual saham biasa. Convertible Unsecured Loan Stock memberikan jaminan yang menggabungkan keselamatan dan pendapatan tetap bon dengan pilihan boleh ditukar kepada saham biasa bagi mendapat keuntungan sekiranya harga saham naik. Ini sesuai kepada para pelabur yang inginkan risiko yang rendah dan sanggup menerima pulangan yang rendah bagi memiliki hak untuk menukar bon kepada saham biasa. Saham pinjaman iaitu saham yang boleh dikeluarkan dalam bentuk:

Stok pinjaman tidak bercagar, boleh ditukar dan ditebus.
Stok pinjaman tidak bercagar, boleh ditukar tetapi tidak boleh ditebus.

Ayie86
Admin
Admin

Posts : 7
Reputation : 0
Join date : 2015-04-25
Age : 38
Location : Malaysia

https://trendschannel.board-directory.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum