Trends Channel Solution
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Keywords

Latest topics
» PENGENALAN
Pengenalan Pelaburan Saham EmptyTue Apr 28, 2015 10:34 am by Ayie86

» Salam Perkenalan
Pengenalan Pelaburan Saham EmptyTue Apr 28, 2015 8:56 am by princess daisy

» Apa itu Preferred Stock dan Loan Stock
Pengenalan Pelaburan Saham EmptyMon Apr 27, 2015 12:09 am by Ayie86

» Apa Maksud Bonus / Right Issues
Pengenalan Pelaburan Saham EmptyMon Apr 27, 2015 12:01 am by Ayie86

» Pengenalan Pelaburan Saham
Pengenalan Pelaburan Saham EmptySun Apr 26, 2015 11:54 pm by Ayie86

» Undang-undang semasa berforum di Santai Trader
Pengenalan Pelaburan Saham EmptySun Apr 26, 2015 11:33 pm by Ayie86

April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Calendar Calendar


Pengenalan Pelaburan Saham

Go down

Pengenalan Pelaburan Saham Empty Pengenalan Pelaburan Saham

Post by Ayie86 Sun Apr 26, 2015 11:54 pm

Apakah Itu Pasaran Saham?

Pasaran saham adalah tempat dimana menemukan pembeli dan penjual saham. Di Malaysia, Pasarannya ialah Di Bursa Malaysia.
 

Sekilas Info Bursa Malaysia

Tiada tempat lain selain dari Bursa Malaysia jika seseorang itu ingin membuat pelaburan saham. Dahulu dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur(BSKL) Sejarah panjangnya bermula pada tahun 1930 ketika Persatuan Syarikat Broker Singapore menubuhkan badan pengurusan pelaburan bersistematik di Malaya. Selepas pecahnya Singapura dan Malaysia pada tahun 1965,Pasaran Saham Malaysia dikenali sebagai Pasaran Saham Malaysia dan Singapura. Akhirnya,pada tahun 14 Disember tahun 1976 secara rasminya Malaysia mempunyai pasaran sahamnya sendiri yang dinamakan sebagai Kuala Lumpur Stock Exchange ( KLSE). Hari ini KLSE sudah bertukar namanya menjadi Bursa Malaysia semenjak dari tahun 2004 dengan hampir 90% saham yang tersenarai adalah kaunter-kaunter shariah(Halal) dan merupakan antara pasaran saham terbesar Asia dengan modal pasaran memcecah RM1 trillion. Terdapat dua papan sekarang ini,iaitu Papan pertama dan Ace Market.Papan pertama adalah saham –saham syarikat yang lebih ‘ternama’ dan lebih stabil .Manakala saham Ace market adalah saham-saham syarikat yang ‘baru’ tetapi mempunyai prospek pertumbuhan yang tinggi. Bursa Malaysia diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.Disamping itu system perundangan yang menjaga kepentigan pelabur runcit juga ditekankan oleh Suruhanjaya Sekuriti supaya pasaran saham adalah tempat pelaburan yang selamat.
 

Apa Itu Indeks Bursa Malaysia?

Pasaran saham Bursa Malaysia mempunyai Penanda Aras yang lebih mudah dikenali sebagai indeks.Jika pada hari tersebut penanda aras indeks naik.Maka bolehlah secara umumnya keseluruhan pasaran dalam keadaan menaik. Sekarang Bursa Malaysia hanya mengambil 30 syarikat dari hampir 1000 yang tersenarai sebagai penanda aras.Kebanyakkan syarikat ini adalah antara yang berkualiti dan mewakili hampir setiap sektor yang ada di Bursa Malaysia. Contohnya,Public Bank dari sektor kewangan,British American Tobacco dari sektor Pengguna,KL Kepong dari sektor Perladangan dan sebagainya.
 

30 Syarikat Yang Membentuk Indeks



Kaunter Indeks adalah saham - saham berkualiti yang menggambarkan keseluruhan pasaran saham Bursa Malaysia. 30 kaunter mengikut 'ranking' 1 hingga 30 disertakan untuk memudahkan anda membuat rujukan. Indeks digerakkan oleh 30 kaunter ini mengikut 'market capitalization' yang paling tinggi. Setakat May 2010, kaunter berwajaran tertinggi adalah Sime Darby dengan modal pasaran hampir RM52 Billion. Kaunter Indeks yang berwajaran paling rendah adalah Malaysia Airlines System (MAS) dengan modal pasaran RM7 Billion. Ini bermaksud jika Sime Darby naik RM0.10 sen manakala MAS turun RM0.10 sen, anda akan mendapati Indeks ketika itu akan naik kerana Sime Darby lebih berpengaruh berbanding MAS.
 

Ranking (*mengikut modal pasaran)

1 Sime Darby Berhad 51.38 Billion 2 Malayan Banking Berhad 49.40 Billion 3 CIMB Group Holdings Berhad 48.03 Billion 4 Maxis Berhad 40.88 Billion 5 Public Bank Berhad 39.40 Billion 6 IOI Corporation Berhad 36.17 Billion 7 MISC Berhad 34.94 Billion 8 Tenaga Nasional Berhad 34.57 Billion 9 Axiata Group Berhad 32.51 Billion 10 Genting Group 23.31 Billion 11 Petronas Gas Berhad (a subsidiary of Petronas) 19.39 Billion 12 PPB Group Berhad 19.16 Billion 13 Kuala Lumpur Kepong Berhad 18.10 Billion 14 Digi Telecommunications 17.52 Billion 15 PLUS Expressway Berhad 16.95 Billion 16 Genting Malaysia Berhad 16.18 Billion 17 YTL Power International Berhad 15.36 Billion 18 AMMB Holdings Berhad 15.07 Billion 19 YTL Corporation Berhad 14.10 Billion 20 Hong Leong Bank Berhad 13.54 Billion 21 British American Tobacco 12.14 Billion 22 RHB Capital Berhad 11.97 Billion 23 Telekom Malaysia Berhad 11.56 Billion 24 Petronas Dagangan Berhad 8.89 Billion 25 Hong Leong Financial Group Berhad 8.17 Billion 26 Nestle (Malaysia) Berhad 8.07 Billion 27 MMC Corporation Berhad 7.43 Billion 28 Tanjong Public Limited Company 7.17 Billion 29 UMW Holdings Berhad 7.15 Billion 30 Malaysian Airline System Berhad 7.02 Billion  

Pemain Pasaran Saham

 

1. Pelabur Runcit Pelabur runcit adalah golongan pelabur individu yang bermodal skala RM1 juta ke bawah yang membuat keputusan bersendirian. Kebanyakkan pelabur runcit tewas dalam pasaran saham kerana tiada teknik keluar masuk pasaran dan terlalu membuat keputusan berdasarkan emosi. Seringkali juga pelabur runcit memasuki pasaran di setiap kali puncak ‘wave’. Maka yang demikian ramai yang kecewa dalam pelaburan saham selepas harga saham yang dibeli tidak naik.

2. Pelabur Institusi Pelabur institusi adalah pelabur yang membuat keputusan secara berkumpulan. Mereka melakukan kajian mendalam dari segi Fundamental atau Teknikal syarikat yang ingin dibeli. Mereka lebih menumpukan kepada saham - saham yang memberi pulangan stabil dari segi dividen. Walaupun begitu ianya bergantung kepada mandat yang telah diberikan kepada pengurus dana dalam menguruskan wang pelaburan. Antara pelabur institusi yang terkenal adalah EPF, Tabung Haji, Lembaga  Tabung Angkatan Tentera, Public Mutual, PNB dan Dana Johor.Ingat! setiap kali bila anda lihat banyak dana baru dilancarkan itu petanda pasaran sedang naik dan menghampiri ke kemuncaknya

3. Kontra Kaki Kontra kaki adalah pelabur runcit yang mengambil kesempatan ke atas "sistem T+3". Mereka membeli pada hari ini dan menjual semula saham selewat - lewatnya 3 hari lagi. Jika tidak, Remisier akan "force selling" saham anda pada hari ke 5. Anda akan beroleh keuntungan jika terdapat perbezaan harga naik,dan membayar kerugian jika terdapat perbezaan harga turun. Untuk menjadi kontra kaki anda perlu tahu "Teknikal Analysis" dan jangan selalu masuk pasaran.

4. Manipulator Sindiket Pasaran saham di mana jua serata dunia pastinya ada unsur - unsur tangan ajaib yang mampu mengawal turun dan naiknya harga sesuatu saham. Ini adalah hakikat dunia kapitalis. Sesiapa yang mempunyai modal besar, dialah yang berkuasa. Banyak kes - kes saham yang naik beratus percent dan turun semula ke paras mula - mula saham itu hendak naik. Ada sesetengahnya sudah ‘delisted’ dari Bursa Malaysia. Antara contohnya adalah saham Iris Berhad yang harganya naik dari 16 sen ke paras RM1.40 dalam masa tidak sampai 6 bulan pada tahun 2006. Antara saham - saham lain yang ada unsur manipulasi ialah saham LIQUA, SYF, REPCO, FARMBEST, KIMBLE dan FOUTAIN.

Ayie86
Admin
Admin

Posts : 7
Reputation : 0
Join date : 2015-04-25
Age : 38
Location : Malaysia

https://trendschannel.board-directory.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum